Si Pencuri Hati, Penjahat Sejati

POSTED ON: Saturday 20 April 2013 @ 08:07 | 0 comments

"aku terperangkap oleh waktu dimana waktu mempermainkan perasaanku,
lalu aku tebusnya dengan erti kesetiaan
manusia tercinta itu membawa pergi dua sisih hati ini
terbelah menyakitkan, terhiris pedih cukup menyesakkan perih,
namun aku cuba bertahan dalam simpul keikhlasan
sambil mengharap indah pada akhirnya...." 

Sejak akhir2 ni cam terasa sepi, entah ke mana hilangnya senyum dan tawa yang selama ni mekar terukir...
Bohong lah kalau dikatakan aku tak rindu pada kebahagiaan dulu...
Hakikatnya aku tak mampu berbuat apa2, walaupun dengan setabahnya aku cuba untuk bertahan namun aku dapat rasakan ianya takkan mampu kekal kalau cuma cinta yang dijuangkan oleh aku seorang sahaja...
Ingin menangis, air mata aku dah kering... Ingin kecewa, hati ini dah cukup terhiris...
Hilang dayaku untuk teruskan usaha ini, tapi apa mampuku? Separuh hati ini telahpun aku beri dan asingkan hanya untuk dia... Mungkin juga dah tak mampu untuk aku dapatkannya kembali...
Dia bila ditanya jawapannya masih juga sama, tapi tindakkannya tiada... Dia mahukan aku disisinya tapi dalam masa yang sama mungkin tanpa sedar dia menolak aku jauh darinya... 
Akal berkata mungkin dia kecewa dengan dirinya dan mungkin juga terasa dengan serkap jarang ayah.... aku tahu ayah mahukan yg terbaik untukku tapi tahu ke ayah yg terbaik untuk dia tak selalunya yg terbaik juga untuk aku... entah lah, akal waras aku ni dah terlalu sempit untuk berfikir dan sekarang ini aku terasa seperti siapa pon tak pernah fikirkan hati aku... mungkin juga betul, hidup aku hanya untuk membahagiakan semua orang disekelilingku bukan untuk aku sendiri....
tidak dapat aku gambarkan apakah pengakhiran cinta kami ini, tapi satu perasaan dah mula timbul... mungkin juga ia akan berakhir seperti berakhirnya kisah aku dan khairul anuar ismail 4tahun yang dulu... dan kerana pengakhiran itu jugalah hingga ke hari ini aku masih lagi terperangkap dengan waktu dan penyesalan lalu... mungkin mereka nampak hanya senyum yg terukir dibibir indah ini, tapi tak pernah ada yang tanya apa yang aku pendam didalam hati...
andai diberi keizinan, mahu saja aku pergi dari realiti ini untuk memilih terus bermimpi agar aku dapat hilang dan tenggelam didalam duniaku sendiri.... tapi hakikatnya, aku seorang anak yang tak sanggup melukakan hati orang tuanya dan juga seorang kekasih yang tak sanggup lagi kehilangan cintanya... ku relakan hati ini terus terhiris dan terluka demi insan2 yang aku cinta kerana aku yakin Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan seseorang hamba itu... walaupun aku selalu lupa akan DIA tapi aku tahu DIA tak pernah sedetikpun tinggalkan aku seperti mereka...
Andai saja mampu aku bisik ditelinga2 mereka, ingin saja aku katakan "dengarlah, fahamilah bahawa aku sedang terluka dan hampir saja musnah seluruhnya"

#hanya sebuah nukilan dari hati yang terlalu tersakiti dan sesak pedih, tiada apa yang penting selain ingin aku sampaikan yang aku juga manusia bukan boneka hiasan


Labels:


← Older / ♥ back up ♥ / Newer →
Dear Diary....