Aku Bukan Si Penulis...

POSTED ON: Wednesday 19 October 2011 @ 03:00 | 0 comments


Sedari dalam kelas tadi, entah kenapa jiwa aku begitu memberontak untuk menulis... Buku azimat ku tertinggal kat rumah pulak tu... Mujur Diyana sedekahkan sekeping kertas kajang yang suci untuk aku meluahkan segala yang terpendam dihati ini... Bila fikiran aku runsing, jiwa ku celaru dan hatiku keliru tiada kata yang mampu meluahkan rasa....Namun aku bukanlah sipenulis hebat, aku bukan Hanis Zalikha, bukan juga Fatin Liyana, mahupun Maria Elena, jauh sekali Matlutfi.. tapi aku si penulis yang hanya menulis mengikut gerak hati dan ilham yang diberi... segala rasa ku luahkan melalui penulisanku... Dalam kelas CTU tadi sewaktu rakan-rakanku Adila,Anis,Diyana dan Fathiah sedang membuat pembentangan tiba2 ilham itu datang lalu pena terus menari mengikut rentak nukilan hati....dan akhirnya ini yang mampu terluah melalui hati yang dihantar keminda dan kemudian meransangkan otot2 tangan untuk bergerak....

---------------------------------------------------------

Teman,
JIka aku salah,
Kau betulkanlah aku,
Jika aku lalai,
Kau sedarkan lah aku,
Jika aku sesat walaupun di dalam terang,
Kau bimbinglah aku,
Jika aku lupa,
Kau ingatkanlah aku,
Agar aku tak tersasar lebih jauh dari landasan-Nya,
Agar aku tak terus tersesat dalam kembaraku,
Aku hanya insan biasa,
Makhluk Allah sepertimu jua,
Lahir dengan seribu kekurangan,
Yang ada ketikanya aku sendiri tidak mampu menilai,
Antara kaca dan permata,
Janganlah kau biarkan aku,
Hanya kerana kekuranganku,
Janganlah kau hina dan kejiku,
Hanya kerana masa silamku,
Bimbinglah aku, ajarkanlah aku dan kongsilah denganku,
Jika ilmu mu melebihi ilmu yang dikurniakan kepadaku,
Agar kita sama-sama dapat perbaiki kekurangan ini,
Sungguh aku hanyalah seorang insan,
Yang sentiada mencari kesempurnaan,
Dalam setiap kekurangan yang ada pada diri ini...
Terangilah aku dalam kembaraku,
Dalam mencari jati diri ini,
Kerana aku sudah tidak mahu tersasar lebih jauh lagi..


Dedicate untuk teman2 seperjuangan yang aku cintai...
*ikhlas dari hati....
-------------------------------------------------------------------------------------

Labels: , ,


← Older / ♥ back up ♥ / Newer →
Dear Diary....