Katakn TAK NAK!!!

POSTED ON: Tuesday, 16 August 2011 @ 06:36 | 0 comments



Katakan TAK NAK!!! kepada sang Tembakau.... hehehe aku terpanggil nak menulis entry ni lepas membaca status update seorang teman bersama niat murninya sempena ramadhan tahun ni... meyh tgk meyh niat murni beliau (*sodiq kalau ang baca blog aku ni, ampun naa aku jadikan ang sumber inspirasi aku,bukan pa just saja nak share)



ni status update dia beberapa hari yang lalu (*apa punya kawan depa dua atas ni,tak bagi smangat sungguh hehehegurau ja)
dah tu arini aku terkezot dan tersenyum melihat update status dia yg terrrbaru lepas berbuka puasa tadi...



hadoiii???apa sudah jadi wahai sahabatku?? tp tak pa...apa2 pun ko dah usahakan wahai teman???betol mmg susah nak buang habit tu...tp perlukan azam yang kuat jugak sokongan smua pihak yang terdekat...takpa Sodiq aku support niat murni ko tu, makanya aku nak share sket kat korang smua tips yang berguna sangat2 bagi sang Perokok tegar ini...mohhh bace bawah mohh penat aku mencari support material ni tok korang....

Hasil cilok dari Lubuk Petua Warisan.com (*aku mmg terer dalam hal2 cilok ni hehe)


TIPS BERHENTI MEROKOK


1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Hahaha mudah kan?? Tak yah berhenti mendadak pon tak pa, kita manusia bukan robot...tapi start kurangkan dari skarang klo btol2 ada kesedaran untuk berhenti menjadi hamba sang Tembakau... tapikan mase search2 tadi aku de jumpe peta minda yang rasenya boleyh membantu tau...(*al maklumlah aku student kan mmg sgt cintakan mind mapping ni )

*harap dapat membantu lah ye....

Ok ini je yang Cik Rerama nak share nan korang tok entry kali ni...
Oh yeaaaa Cik Rerama nak dedicate entry ni buat sahabat2 Cik Rerama yang terlalu mencintai sang Tembakau, berhentilah sebelum korang hidap penyakit yang kronik...
CIK RERAMA SAYANG HANGPA SMUA!!!!

~~Adios~~
CIK RERAMA

Labels: , ,


← Older / ♥ back up ♥ / Newer →
Dear Diary....