SEGAMAT oh SEGAMAT Part 2
POSTED ON: Friday, 4 February 2011 @ 06:54 | 0 comments

*keadaan rumah apai smlm, dia MMS kat Cik Rerama ptg smlm
Hari ni hari ke-7, erm masih belum dapat gambaran yang jelas tentang keadaan di Segamat saat ini... Cik Rerama harap keadaan akan cepat beransur pulih, kesian Cik Rerama tengok kat facebook & berita TV3 keadaan mangsa banjir... Tak dapat Cik Rerama banyangkan bagaimana keadaannye jika diri ini diletakkan ditempat mereka... Seorang kawan Cik Rerama di Segamat adelah salah seorang mangsa banjir di Segamat, hampir setiap hari Cik Rerama msg and call dia bertanyakan keadaan disana... Bak kate orang kalau kita tak boleh nak beri bantuan kewangan pun sekurang2nya kita bagi MORAL SUPPORT so dorg tak lah rase terlalu tertekan... Dengar cerita Apai San mase dia sms Cik Rerama smlm... Macam mana Cik Rerama tak seday, sms dia bunyi cam down gile... Orang yang selalunya ceria ni kalau sekali dia seday bermaksud situasinya memang teramatlah sedihnya... Banyak2kan bersabar dan berdoa ye Apai.....

Dua tiga hari ni Cik Rerama selalu merajinkan diri untuk view facebook Segamat in LOVE kat sini majoriti orang segamat, page ni pon kawan Cik Rerama; Aja yang suggestkan mase kitorg sibuk heboh nk tengok keadaan di Segamat hari tu... Adelah a few gambar yang mereka upload bagi menyampaikan berita keadaan Segamat yang terkini... So this is few of all those photos yang Cik Rerama save untuk tatapan viewers Cik Rerama sekalian.....
*ni kat jalan temenggong jalan masuk ke rumah Ms.sykinlicious
*ni sekitar Pumpkin Cafe and CIMB Bank di Bandar Bawah Segamat
*kedai2 yang terdapat di bandar bawah segamat yang dah pon ranap
Hurm, tiga je gambar yang Cik Rerama mampu tunjuk sbbnya ni gambar2 orang nnt kalau Cik Rerama amik banyak2 ade yang tak pasal2 kena saman lak chaye...huhuhu Melihat keadaan Segamat melalui photo2 ni membuatkan Cik Rerama tak sabar nak balik... Ape lah agaknya kabar rumah Cik Rerama kat Bandar Utama tu ye... Erm, harap semuanya berada dalam keadaan yang selamat... Cik Rerama dan kengkawan UiTM Campus segamat yang lain akan mengakhiri cuti pertengahan semester kami Ahad ni... So, dalam Ahad petang insya'allah kami smua akan berada di Segamat... harap sesangat perjalanan pulang kami tidak ditimpa masalah kerana terdapat banyak jalan raya yang rosak sisa dari banjir... erm to be continue bila Cik Rerama dapat update tentang keadaan disana lagi ye...
ilal liqa'

Cik Rerama